Solat & Berjalan Semula Tanpa Ngilu: Rawatan Sendi Lutut Tanpa Pembedahan
Ketahui punca sebenar kehausan rawan dengan Imbasan Ultrasound dan rawat dengan Suntikan Pelincir Gel / PRP Tepat Berpandukan Skrin. Penilaian dan pilihan rawatan adalah bergantung pada pemeriksaan doktor.
Pemeriksaan Sendi Lutut Menggunakan Ultrasound
Tulang bergesel, pelincir kering, radang bengkak, bunyi kruk.
Kusyen dilapisi semula, radang reda, pergerakan kembali licin.
Adakah Anda atau Ibu Bapa Mengalami Masalah Ini?
Jangan biarkan kehausan rawan berlanjutan sehingga gred 4 di mana pembedahan gantian tempurung lutut (TKR) menjadi satu-satunya pilihan.
Sakit Semasa Solat
Sukar untuk tahiyyat akhir, lutut rasa tegang dan perit apabila melipat sendi sehingga terpaksa solat duduk di atas kerusi.
Bunyi 'Kruk-Kruk'
Bunyi geseran atau meletup semasa meluruskan atau membengkokkan kaki, tanda awal geseran tulang dan kekurangan pelincir.
Sengal Turun Tangga
Rasa menyucuk di bahagian bawah tempurung lutut terutamanya semasa menuruni anak tangga, bukit, atau berdiri selepas lama duduk.
Bengkak & Kaku Pagi
Sendi berasa berat, kaku melebihi 30 minit setiap kali bangun pagi atau terdapat takungan cecair bengkak (water on the knee).
Jika anda ada 2 atau lebih simptom di atas, anda dinasihatkan membuat imbasan ultrasound segera sebelum ketebalan rawan (kartilaj) terhakis sepenuhnya.
Mengapa Scan Ultrasound Jauh Lebih Baik Berbanding X-Ray Sahaja?
X-Ray biasa hanya mampu melihat struktur tulang yang keras. Tetapi punca sebenar kesakitan lutut selalunya berpunca daripada tisu lembut, radang cecair sendi (synovitis), dan ketebalan rawan (cartilage) yang hanya dapat dilihat dengan jelas menerusi Ultrasound.
Pemeriksaan Dinamik Semasa Bergerak
Doktor dapat melihat geseran ligamen dan tendon secara langsung semasa anda melipat lutut.
Tiada Radiasi Merbahaya
100% selamat untuk warga emas, pesakit kronik mahupun ibu mengandung.
Ketepatan Suntikan Berpandukan Skrin (US-Guided)
Bukan suntikan buta (blind injection). Jarum disasarkan tepat ke kapsul sendi dengan ralat sifar.
Perbezaan Kaedah Suntikan Sendi
Suntikan Agakan (Blind Injection)
- Ketepatan hanya 60-70%
- Risiko terkena lemak/otot keliling
- Rasa sakit & lebam lebih ketara
Berpandukan Skrin Real-Time
- Ketepatan 98% - 100%
- Ubat terus masuk ke ruang rawan
- Rasa sakit minima & selesa
*Setiap prosedur suntikan di klinik kami disahkan kedudukannya melalui paparan visual monitor secara terus.
Rawatan Suntikan Sendi Mengikut Tahap Kerosakan Lutut
Doktor akan mengesyorkan rawatan paling bersesuaian selepas imbasan imej ultrasound dibuat secara terperinci.
Suntikan Gel Asid Hialuronik (HA)
Berfungsi seperti minyak pelincir sintetik bermutu tinggi. Menggantikan cecair sinovial yang kering, menyerap hentakan semasa berjalan dan menghalang geseran tulang secara terus.
Terapi PRP (Platelet-Rich Plasma)
Menggunakan plasma darah pesakit sendiri yang diperkaya dengan faktor pertumbuhan (growth factors) bagi merangsang pembaikan mikro rawan yang haus dan memulihkan tisu ligamen rosak.
Suntikan Anti-Radang Sasaran
Rawatan dos khusus untuk menghilangkan radang bengkak yang teruk (flare-up) dalam tempoh 24 jam supaya pesakit boleh bergerak semula tanpa sengal melampau.
Kira Skor Tahap Kesihatan Lutut Anda
Jawab 4 soalan mudah di bawah untuk melihat tahap risiko kehausan sendi anda.
4 Langkah Rawatan Dari Pemeriksaan Hingga Pulih
Tiada prosedur rumit. Seluruh sesi rawatan biasanya mengambil masa kurang daripada 45 minit di klinik kami.
Konsultasi & Pemeriksaan
Doktor menyemak sejarah kesakitan, biomekanik pergerakan lutut, dan tahap kestabilan sendi kaki anda.
Imbasan Ultrasound
Visual langsung cecair lutut dan ketebalan rawan diukur di hadapan anda untuk diagnosis gred osteoarthritis yang tepat.
Suntikan Tepat Berpandu
Bius setempat diberikan. Suntikan Gel Pelincir atau PRP dimasukkan tepat dengan bantuan skrin ultrasound.
Panduan Fisioterapi
Boleh terus berjalan pulang serta-merta tanpa perlu warded berserta panduan senaman regangan ringkas di rumah.
Tempah Slot Imbasan Lutut Anda Hari Ini
Dapatkan diagnosis terus daripada doktor bertauliah. Pakej imbasan ultrasound kini cuma RM70.
Isnin - Ahad: 8:30 Pagi - 9:30 Malam
Borang Temujanji Pantas
Isi maklumat ringkas anda. Pegawai klinik kami akan mengesahkan slot anda melalui WhatsApp.
Soalan Kerap Ditanya Mengenai Rawatan Lutut
Ketahui jawapan kepada perkara yang sering menjadi kemusykilan pesakit sebelum menjalani prosedur.